BAB 8 (Prinsip-Prinsip Negara Hukum dan Kekuasaan Politik dalam Perspektif Syari'ah)
NAMA : Cantika
NIM : 201810110311129
PERTEMUAN VIII
PRINSIP-PRINSIP NEGARA HUKUM DAN KEKUASAAN POLITIK DALAM PERSPEKTIF SYARIAH
A. PRINSIP-PRINSIP NEGARA HUKUM DALAM PERSPEKTIF SYARIAH
· Prinsip kedudukan manusia dibumi
Allah SWT menegaskan bahwa manusia diciptakan sebagai khalifa yang akan memakmurkan bumi ini.
· Prinsip kekuatan sebagai amanah
Allah SWT memerintakankan agar manusia amanah dalam melaksanakan tugas di pundaknya. (QS. An Nisa, 4:58) oleh kerana itu islam tidak menoleransi berbagai bentuk penyimpangan dan penyalahgunaan kekuasaan.
· Prinsip penegakkan keadilan
Sangat banyak ayat Al-Qur'an yang menegaskan pentingnya menegakkan keadilan. Bahkan untuk menjelaskan hal ini, Allah tidak hanya menggunakan kata al-adl saja, tetapi juga kata al-wazn/al-mizan, al-qisth, dan as-wasath. Ini menunjukkan bahwa keadilan merupakan sesuatu yang harus senatiasa diperjuangkan dan ditegakkan dalam masyarakat.
· Prinsip musyawarah
Musyawarah disebutkan secara tegas di dalam Al-Qur'an di tiga ayat yaitu (al-baqarah 2:33, al-imran 3:15 dan asy-syura 42:38). Musyawarah ini diapit di dalam Al-Qur'an dengan penjelasan tentang orang yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebagaian hartanya sama dengan orang mematuhi seruan Allah.
· Prinsip kepatuhan kepada pemimpin
Allah SWT, meletakkan kewajiban mematuhi pemimpin diposisikan pada peringkat ketiga setelah kewajiban mematuhi Allah dan Rasulnya asal tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT.
B. PRINSIP-PRINSIP KEKUASAAN POLITIK DALAM PERSPEKTIF SYARIAH
1) Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.
2) Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
3) Kebebasan
Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenarnya adalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.
4) Persamaan
Persamaan di sini terdiri dari pada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuat kuasa undang-undang.
5) Hak menghisab pihak pemerintah
Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajiban setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah
Komentar
Posting Komentar